Post ini merah jambu tujukan khas buat adik-adik pelajar kita terutama kepada mereka yang agak sedikit motivasi belajar.
Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar. Masalah dengan ‘tanggungjawab belajar’ ini ialah kita kekadang menjadi lali dengannya. Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.
Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Jadi sudah tidak begitu terasa yang ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku, jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.
Hanya sesekali apabila musim peperiksaan tiba, baharulah sedikit terasa perlunya belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. merah jambu sama sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..
Kepada adik pelajar yang ingin menaikkan semula motivasi belajar, berikut beberapa kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..
—
1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.
2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.

No comments:
Post a Comment